wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, February 16, 2014

Cerita saya | House Of Lighting

Alhamdulillah. Dah hampir selesai keperluan untuk rumah. Memang benar, bukan mudah beli rumah baru. Baik tanya pada orang yang baru lepas beli rumah. Sebab pasti mereka akan cerita perkara yang semasa. Maksud saya harga barangan semasa.
Memang saya dah survey dalam blog dan ramai yang memuji House of Lighting. Saya ni kalau tak siap apa yang dirancang memang akan memikirkannya. Jadi nak jadikan cerita,  semalam saya dah pergi House of Lighting,  Puchong. Puas hati!
Memang berbaloi-baloi dan murah! Walaupun jauh tapi saya rasa amat berpuas hati dengan harganya. Nasib baik dah pernah baca blog mengenai House of Lighting jadi takde terasa 
jakun. Jika taknak tunggu lama... datang petang ek. Hehehehe sebab kedai tutup jam 8 malam kecuali hari Ahad sehingga jam 5 petang dan Isnin bercuti.
Lagi satu pengalaman yang saya dapati,  kita kena pilih dulu mana yang nak dan ambil no kod. Lepas tu baru tanya pada salesman berbaju kuning. Ingat ek warna kuning sahaja. Sebab mereka yang akan ambil order. Lepas dah pilih baru akan periksa barang yang telah kita pilih untuk pastikan semuanya lengkap. Walaupun dah periksa,  saya dapati ada juga yang tidak ada. Biasa lah ...manusia kan. Mana ada yang sempurna.  Lagi pun benda itu kecil.. tak kira pun. Ia adalah skru kecil. Uhuhuh. Boleh cari kt hardware.
Lepas dah periksa, kita akan bayar dikaunter khas.  sebabkan dah nak tutup jadi tak perlu tunggu lama untuk membayar. Lepas bayar sebelum dibawa ke kereta, akan diperiksa lagi sekali. Memang terbaik sekuriti ek. Lagi 1 , jangan bawa kereta kecil... bawa yang besar. Sebab confirm penuh bonet. Jika anda tak percaya harganya murah,  sebelum pergi cuba tengok harga di kedai lampu rumah anda...

Ps: adib dapat lampu Ultraman yang besar. Amni tak dapat lampu Donald Duck.  Kesian Amni..

Friday, February 07, 2014

Cerita blogwalking blogger

Hari ini tak tak tahu nak mengomen apa.. Rasa macam ada kurang membuat sesuatu aje. Dari awal cadang nak daftar e warranty Panasonic, namun akhirnya tak boleh sebab takde serial number. Alahai satu kerja nak buka balik tv ni. Lepas tu Adib plak buat muka monyok... Muka tak nak baca buku. Mentang mentang uncle ada kat rumah.
Kemas bilik baru je selesai.. Nak cuci bilik air plak.. Tapi ingat sebelum tidur akan simbah dengan asid dahulu. Esok pagi baru nak g mencuci. Sekarang nak berblog. Tetapi internet TM sangat lah lemah. Ai.... Istighfar dahulu... Berselawat juga.. Bagi tenang fikiran. Ye la dah dok jauh ngan wife and Amni... Rindu plak. Jika tension sangat esok mau naik Cameron ...

Itu cerita saya... Sekarang cerita entri ini. Dah lama tak berblog walking.  Nak guna yang shout box.... Dah bercampur campur dengan spamnya... Jadi saya pun dah lupa nak ambil widget yang mana satu untuk letakkan para pembaca yang singgah di blog saya. Saya buka entri ini dan semoga anda  yang singgah di blog saya akan letak link untuk saya singgah balik.. Ok salam semua 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...