Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Thursday, November 28, 2013
Selamat Hari Lahir Ibu
Tuesday, November 26, 2013
Cerita dekorasi pelan dapur
Tadi dah tulis.. lepas itu hilang... arrrrgghhh boleh bengkok jari dibuatnya. Nilah bahana kalau guna smartphone untuk taip blog. Apa-apa kena gak save dahulu.
Hari ini cerita pasal pelan dapur. Pada mulanya nak buat dengan KC sahaja atau dengan student ID. Tapi bayaran untuk student lagi mahal dari bayaran ID. Nak buat dengan KC plak dah jadi blur apabila nak buat pelan.
Pelbagai gambar dan majalah serta internet dah saya rujuk tetapi rasa ketidakpuasan tetap ada. Itulah sebabnya saya ambil ID. Terima kasih Apple ID. Jika nak tengok showroom ada di Fair Park. Tetapi saya buat di kedai kat Bercham.
Terima kasih Mrs Lim yang rajin dan tak kisah melayan pelanggan yang cerewet. Dah banyak pelan dia bagi begitu juga dengan quotation. Nak buat yang berkenan dengan harga yang memuaskan dan cukup bajet bukan senang.
Akhirnya 25hb November 2013 kata sepakat telah tercapai. Deposit pun dah saya bayar. Sekarang tunggu aje rumah siap dan perlukan renovation pada bahagian dapur. Semoga Allah permudahkan segala urusan. AMIN
Wednesday, November 20, 2013
Sunday, November 17, 2013
Cerita kek coklat dari Elba
Masa mula mula nak buat kek memang nampak teruja. Lepas tu saya tertidur. Lepas bangun saya pun tanya ... macam mana ngan kek.
Hehehe tak jadi ek yong. Saya rasa macam kek hangus.. walaupun niat nak buat kek coklat. Hahaha.. tak pe 1st time buat pun. Tapi macam tak sesuai kalau tiru bulat2 dalam blog.
Kalau anda ada menu istimewa tentu kita tak bagi info yang lengkap. Apa pun try n error. Ok semoga chiq dina dapat buat kek coklat satu hari nanti
Friday, November 15, 2013
Cerita oven elektrik Elba
Semalam tergerak nak pergi mencari oven selepas chiq dina mengadu yang adib dan amni suka makan kek. Jadi saya pun mencari cari yang berkenan dihati walaupun dah survey ngan chiq dina.
Akhirnya saya ambil jenama Elba 30L ni. Walaupun pada asalnya dah nak ambil Cornell.
Model ini EEO C 3151 jika tak silap. Selepas membeli saya , saya beli di Courts saya nak gak lihat kt website elba. Menghairankan.... tak jumpa pun model ni dalam website. Harap saya beli ini berbaloi. Jika kawan2 ada info mengenai produk ini sila komen ek
Wednesday, November 13, 2013
Monday, November 11, 2013
Tips mesin basuh berbunyi
Friday, November 08, 2013
Wednesday, November 06, 2013
Monday, November 04, 2013
Salam Maal Hijrah 1435
Alhamdulillah kita semua dah nak masuk tahun baru. Syukur juga kerana saya dapat menunaikan solat Asar di Masjid bercirikan kesenian cina di Tasek Ipoh. Hebat hasil binaan masjid ini. Walaupun cuaca panas tetapi apabila menunaikan solat disini , bahang matahari tidak terasa. Konsep terbuka memang amat sesuai.
Ini pula saya baca di FB bahawa bacaan doa akhir tahun asalah bidaah. Ini tidak diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w kerana ianya bermula pada Zaman Pemerintahan Umar Al Khattab. Sejak akhir akhir ini pelbagai isu mengenai Islam diperkatakan.
Bagi saya Islam itu mudah dan indah. JANGANLAH kita menyusahkan diri kita sendiri. Jadi jika berlaku kekeliruan lebih baik kita merujuk pada yang pakar dan sahih. Bagi saya tidak salah kita amalkan jika tidak melanggar hukum syariat. Wallahualam
Jadi di sini saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 . Jom Hijrah ke arah kebaikan dan diredhaiNya. AMIN