wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, July 25, 2013

Duit raya kereta | tukar eksoz

Salam
Selalunya apabila sambutan Hari Raya kita semua akan menyediakan kelengkapan diri untuk keluarga.  Alhamdulillah semua telah disediakan oleh Chiq Dina.  Saya je belum lagi uhuhuh...
Cik Putih saya pun saya dah sediakan. Kali ini saya bagi hadiah 3x1 extractor, bullet dan muffler kepadanya.  Kiranya raya kali ini asa bunyi le. takde ada senyap je. Hehehehe

Tuesday, July 23, 2013

Duit Raya Dari Nuffnang

Salam dan syukur padaNya.. Saya masih bernafas dan dapat melaksanakan tanggungjawab  saya kepadaNya. Selepas bersahur terniat nak buka Nuffnang. Wah Alhamdulillah tak sangka dah lebih RM 50 simpanan saya di Nuffnang. 

Alhamdulillah terus saya cash out. Inilah duit raya saya dari Nuffnang yang akan tiba 30 hari lagi... :) terima kasih Nuffnang.... 

P/s: minta maaf tak ada post yang menarik. InsyaAllah akan sentiasa update blog


                                
      

Friday, July 12, 2013

Penyata 2011 dapat 2013 | PTPTN OH PTPTN

Hari ini balik rumah saya nampak satu surat di atas meja. Saya lihat nama saya dan ada tulis PTPTN di sampul tersebut. Dalam fikiran mesti ini penyata yang saya bayar melalui potongan gaji.
Apabila saya buka saya terkedu seketika. Kenapa saya dapat surat lama. Surat sebelum pertukaran ke ujrah. Aik selama ini saya bayar tak ditolak ke?  Setelah diteliti  betul-betul baru saya dapati itu adalah penyata tahun 2011.
Wah dah lama baru nak hantar  ke?  Macam mana ni?  Tak efisien betul. Teringat saya semasa telefon PTPTN berkenaan dengan pembayaran balik,  pegawai ( seorang wanita) tak mesra pelanggan. Nasib baik masa itu kita nak tanya mengenai pembayaran yang dilakukan di perbankan internet.
Jadi kepada ibu bapa sekarang, menabung lah dan kalau boleh tak payah pinjam dengan PTPTN. Rasa seperti ah long je.. kos pentadbiran masih perlu dibayar walaupun dah bertjkar ke ujrah.

Wednesday, July 10, 2013

Sunday, July 07, 2013

Johnny's Restaurants tidak halal

Baru baru ini saya ada terbaca dalam facebook menyatakan Johnny's Restaurants tidak halal. Saya memang penggemar makanan steamboat. Jadi apabila dah terbaca kat dinding facebook saya dah tak pergi. Namun tergerak nak makan steamboat hari ini.

Apa lagi saya pun buat carian halal di Jakim. Memang tak ada! Jenuh saya pusing sana pusing sini untuk mencari maklumat sijil halal Johnny's Restaurants . Akhirnya saya jumpa di bahagian aduan halal. Memang pihak syarikat tidak pernah memohon sijil halal. Tarikh aduan itu pada tahun 2009. Alamak takkan sampai sekarang pun tak minta.... 

Jadi bagi umat Islam... Yang suka makan steamboat... Tak payah pergi Johnny's Restaurants ek. Masak sendiri. Hehehehe

                           
                                                          Sumber : JAKIM

Cerita jahitan Chicago Tailor Ipoh

Hari Raya hampir tiba. Pasti ramai yang dah hantar kain untuk dibuat baju melayu dan baju kurung. Terutama perempuan. Kali nak cerita mengenai tukang jahit . Saya pasti ramai yang kenal dan tahu Chicago Tailor Ipoh sebab kedai ini dah lama bertapak di belakang Taman Kanak Kanak.
Saya hantar baju ini tahun 2010. Dah hampir 3 tahun... tapi tak tahu macam mana baju boleh menetas. Baju yang saya buat di Nafiah Tailor Taiping pada tajun 2007 sampai sekarang masih lagi elok dan boleb dipakai.
Bagi saya andai nak hantar kain untuk dibuat baju atau seluar, lebih baik hantar ke kedai yang dipercayai dan kita yakin dengan hasil tangannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...