Selalu petang balik lewat. Memandangkan esok bercuti, saya bawa Adib beriadah di padang polo. Tempat ini memang best dan menarik untuk aktiviti petang.
Walaupun letih dan ngantuk, apabila berada disini suasana rasa tenang. Cuma yang tak seronok tak ada ibu dan amni. Kalau ada mesti dah riuh.
Hari ini datang awal jadi Adib dapat main buaian dahulu. Kemudian dia main permainan kegemarannya. Papan gelungsur. Jom lihat aksi Adib.
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Tuesday, April 30, 2013
Riadah petang di padang polo
Hadiah dari Chiq Dina
Sekarang dah ada seorang isteri dan sepasang cahaya mata. Begitu cepat masa berlalu. Arwah Azim pun dah setahun. Setiap yang hidup pasti akan mati. Saya mendoakan agar saya dan keluarga saya mendapat keimanan dan keredhaan dariNya.
Alhamdulillah , keluarga saya dah bertambah murah rezeki. Syukur Alhamdulillah. Sempena hari jadi saya, Chiq Dina ada memberi hadiah. Hari terakhir yang dia bagi tahun 2007. Sekarang dah 2013. Hampir 6 tahun.
Bukan tak bagi setiap tahun, cuma kali ini special la. Hehehehe itu yang saya cakap rezeki keluarga bertambah. Dapat juga saya tali pinggang, dompet dan sapu tangan yang baru. Alhamdulillah..... Tak yah keluar duit poket sendiri. Hehehehehe
Terima kasih Chiq Dina atas pemberian ini. Dan terima kasih kerana wish selamat hari jadi bagi orang yang kedua. Yang pertama adalah, ibu saya :)
Salam
Sunday, April 28, 2013
Rezeki Samsung Grand
Alhamdulillah akhirnya dapat juga memiliki satu telefon pintar dengan duit sendiri.
Semua ini gara-gara pilihan raya. Minggu lepas, balik Sg. Besar saya rasa penat. Minta cik dina tolong charge handphone. Sekali semua tidur awal. Pagi esok baru perasan tak tutup hp.
Kesan bateri dah cepat habis. Charge pagi tengah hari dah habis. Elok pula SPR telefon, tak dpt nk ckp.
Lama gak buat keputusan. Mula- mula nak ambil iphone. Tapi bukan rezeki. Samsung gak yang berjaya dimiliki.
Inilah telefon pintar pertama saya. Terima kasih kepada Sarah yang banyak membantu.
Setakat ini puas hati walaupun tak sehebat S4.
Wednesday, April 24, 2013
Wednesday, April 10, 2013
Sunday, April 07, 2013
Bersama keluarga di Tutti Frutti
Dari semalam makan ubat, asyik tidur je. Petang tadi dah rasa berat kepala. Selepas solat asar, kami sekeluarga keluar ke pekan Sungai Besar. Jangan sangka ini pekan koboi ek... Sekarang dah maju. Ada macam-macam terutama pakaian dan tudung. Boleh dikatakan macam di Nilai.
Jadi hari ini ibu belanja kami makan di Tutti Frutti. Sebenarnya ini kali pertama makan di kedai Tutti Frutti. Disini self service. Anda perlu ambil mangkuk saiz anda.
Kemudian anda boleh pilih perisa yogurt kegemaran anda dan letaklah bahan- bahan di atasnya. Selepas selesai memilih pergi ke kaunter dan timbang. 10gram bagi rm 0.53 .
Disamping yogurt ada juga menjual air minuman. Saya order air kopi Columbia. Pandangan saya, tak yah order air dia. Tak best....
Jom lihat aksi mereka...
Adib yang suka menangis
Ini cerita Adib yang suka menangis sejak berpindah ke sekolah SK Muhibah, Sungai Siput. Saya sampai tak tahu kenapa dia suka menangis sebelum pergi ke sekolah. Lagi parah, selepas opah pergi menunaikan umrah. Nak tak nak kena juga pergi ke sekolah.
Jika tidak, on off je. Hari ini sekolah, esok tak sekolah. Jika dari pemerhatian saya, kaedah pembelajaran tidak sama dengan Cikgu Shamizan dari SK Kg. Banting, Sabak Bernam. Kaedah didik hibur beliau amat berkesan sehinga adib sendiri yang nak balik ke sekolah tersebut. Ada satu hari , adib marah saya sebab mengapa tukar sekolah. Uhuh uhuh... Nk balik Perak.....jawab saya lah.
Esok opahnya akan pulang. Mesti adib rindu Opah. Apa-apa pun saya nak juga minta cadangan pembaca. Apa yang boleh saya buatkan. Ikutkan saya , tahun ini tak payah sekolah sebab umurnya 5 tahun. Jika ada cadangan lain tolong komen ek