wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, March 19, 2014

Bantah konsert batalkan konsert





Konsert Life In Color dibatalkan

KUALA LUMPUR 19 Mac - Konsert Life In Color yang dijadualkan berlangsung 19 April ini dibatalkan, demikian menurut penganjurnya dalam kenyataan tiga perenggan di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembatalan konsert yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang itu sebagai menghormati rakyat dan negara ini.

"Life in Color, Future Sound Asia and Zouk KL memohon maaf kepada para peminat. Semua bayaran tiket yang sudah dibuat akan dipulangkan dan maklumat proses pemulangan akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa hari lagi," kata kenyataan itu.

Penganjuran konsert Life In Color, iaitu parti cat terbesar di negara ini mendapat bantahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini yang sedang berduka ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Malahan konsert itu juga dibimbangi mengulangi tragedi di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu apabila enam penonton sebuah konsert antarabangsa maut selepas dipercayai mengambil dadah dan alkohol berlebihan. 

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140319/hi_01/Konsert-Life-In-Color-dibatalkan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...