wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, February 16, 2014

Cerita saya | House Of Lighting

Alhamdulillah. Dah hampir selesai keperluan untuk rumah. Memang benar, bukan mudah beli rumah baru. Baik tanya pada orang yang baru lepas beli rumah. Sebab pasti mereka akan cerita perkara yang semasa. Maksud saya harga barangan semasa.
Memang saya dah survey dalam blog dan ramai yang memuji House of Lighting. Saya ni kalau tak siap apa yang dirancang memang akan memikirkannya. Jadi nak jadikan cerita,  semalam saya dah pergi House of Lighting,  Puchong. Puas hati!
Memang berbaloi-baloi dan murah! Walaupun jauh tapi saya rasa amat berpuas hati dengan harganya. Nasib baik dah pernah baca blog mengenai House of Lighting jadi takde terasa 
jakun. Jika taknak tunggu lama... datang petang ek. Hehehehe sebab kedai tutup jam 8 malam kecuali hari Ahad sehingga jam 5 petang dan Isnin bercuti.
Lagi satu pengalaman yang saya dapati,  kita kena pilih dulu mana yang nak dan ambil no kod. Lepas tu baru tanya pada salesman berbaju kuning. Ingat ek warna kuning sahaja. Sebab mereka yang akan ambil order. Lepas dah pilih baru akan periksa barang yang telah kita pilih untuk pastikan semuanya lengkap. Walaupun dah periksa,  saya dapati ada juga yang tidak ada. Biasa lah ...manusia kan. Mana ada yang sempurna.  Lagi pun benda itu kecil.. tak kira pun. Ia adalah skru kecil. Uhuhuh. Boleh cari kt hardware.
Lepas dah periksa, kita akan bayar dikaunter khas.  sebabkan dah nak tutup jadi tak perlu tunggu lama untuk membayar. Lepas bayar sebelum dibawa ke kereta, akan diperiksa lagi sekali. Memang terbaik sekuriti ek. Lagi 1 , jangan bawa kereta kecil... bawa yang besar. Sebab confirm penuh bonet. Jika anda tak percaya harganya murah,  sebelum pergi cuba tengok harga di kedai lampu rumah anda...

Ps: adib dapat lampu Ultraman yang besar. Amni tak dapat lampu Donald Duck.  Kesian Amni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...