wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, April 30, 2013

Hadiah dari Chiq Dina

Syukur dan Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana telah memberi nikmatNya kepada saya. Semoga Iman dan jiwa saya hanya keranaNya. 34 tahun lalu saya dilahirkan di Ipoh. Hari ini adalah hari lahir saya.

Sekarang dah ada seorang isteri dan sepasang cahaya mata. Begitu cepat masa berlalu. Arwah Azim pun dah setahun. Setiap yang hidup pasti akan mati. Saya mendoakan agar saya dan keluarga saya mendapat keimanan dan keredhaan dariNya.

Alhamdulillah , keluarga saya dah bertambah murah rezeki. Syukur Alhamdulillah. Sempena hari jadi saya, Chiq Dina ada memberi hadiah. Hari terakhir yang dia bagi tahun 2007. Sekarang dah 2013. Hampir 6 tahun.

Bukan tak bagi setiap tahun, cuma kali ini special la. Hehehehe itu yang saya cakap rezeki keluarga bertambah. Dapat juga saya tali pinggang, dompet dan sapu tangan yang baru. Alhamdulillah..... Tak yah keluar duit poket sendiri. Hehehehehe

Terima kasih Chiq Dina atas pemberian ini. Dan terima kasih kerana wish selamat hari jadi bagi orang yang kedua. Yang pertama adalah, ibu saya :)


Salam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...