wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, April 07, 2013

Bersama keluarga di Tutti Frutti

Hari minggu memang sesuai untuk bersama keluarga. Walaupun sedang sakit kepala dan rasa demam kus kus, namun rindu untuk nak bersiar siar di Sungai Besar.

Dari semalam makan ubat, asyik tidur je. Petang tadi dah rasa berat kepala. Selepas solat asar, kami sekeluarga keluar ke pekan Sungai Besar. Jangan sangka ini pekan koboi ek... Sekarang dah maju. Ada macam-macam terutama pakaian dan tudung. Boleh dikatakan macam di Nilai.

Jadi hari ini ibu belanja kami makan di Tutti Frutti. Sebenarnya ini kali pertama makan di kedai Tutti Frutti. Disini self service. Anda perlu ambil mangkuk saiz anda.

Kemudian anda boleh pilih perisa yogurt kegemaran anda dan letaklah bahan- bahan di atasnya. Selepas selesai memilih pergi ke kaunter dan timbang. 10gram bagi rm 0.53 .

Disamping yogurt ada juga menjual air minuman. Saya order air kopi Columbia. Pandangan saya, tak yah order air dia. Tak best....

Jom lihat aksi mereka...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...