wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, April 07, 2013

Adib yang suka menangis

Salam pembaca semua. Dh nak sebulan saya tak cerita apa-apa tentang adib dan keluarga. Ini entri pertama selepas saya berpindah ke Perak kot. Hehehehe memang dah tak ada masa saya nak kemas kini blog saya.

Ini cerita Adib yang suka menangis sejak berpindah ke sekolah SK Muhibah, Sungai Siput. Saya sampai tak tahu kenapa dia suka menangis sebelum pergi ke sekolah. Lagi parah, selepas opah pergi menunaikan umrah. Nak tak nak kena juga pergi ke sekolah.

Jika tidak, on off je. Hari ini sekolah, esok tak sekolah. Jika dari pemerhatian saya, kaedah pembelajaran tidak sama dengan Cikgu Shamizan dari SK Kg. Banting, Sabak Bernam. Kaedah didik hibur beliau amat berkesan sehinga adib sendiri yang nak balik ke sekolah tersebut. Ada satu hari , adib marah saya sebab mengapa tukar sekolah. Uhuh uhuh... Nk balik Perak.....jawab saya lah.

Esok opahnya akan pulang. Mesti adib rindu Opah. Apa-apa pun saya nak juga minta cadangan pembaca. Apa yang boleh saya buatkan. Ikutkan saya , tahun ini tak payah sekolah sebab umurnya 5 tahun. Jika ada cadangan lain tolong komen ek



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...