wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, September 01, 2012

Nasi mandy di restoran Malika Saba

 

Akhirnya cita cita untuk makan nasi Arab tercapai. Bonda tersayang belanja makan malam. Tapi kami makan jam 5.30 petang. Kami makan di Restoran Malika Saba. Bukan di KL, tetapi di Ipoh. Dah lama rancang, sejak sebelum Chiq Dina sakit lagi. Akhirnya dapat juga saya merasa.

Restoran ini terletak berhampiran di MBI dan bentuk bangunan ini unik iaitu seakan akan 3 segi.memandang kali pertama makan, dan yang selalu saya dengar, nasi mandy, jadi saya cadangkan Chiq Dina makan nasi ayam mandy dan saya makan nasi kambing hadeef. Lebih kurang begitu namanya. Yang buat leceh, apabila waiternya tak reti berbahasa Malaysia.uhuhuh diam sahaja dan tak bagi cadangan apa yang sesuai untuk kami.

Masa menunggu pun tak lama. Teh o ais limau ya memang paling sedap. Kalau anda rasa, mesti nak lagi sebab mereka menggunakan lemon! Nasi pula, memang banyak dan kambingnya...walaweh! Sedap! Saya memang sukalah tetapi ayamnya seperti kurang menyelerakan.

Sebelum terlupa, jika anda makan disini, cuba tanya betul betul tentang menu. Nasi mandy tak ada kuah.... Kosong sahaja. Mungkin perlu ambil side order kot...Jom lihat gambar pula.

 



Adib dan opah

Ibu dan amni

Nasi mandy

Nasi ini tak ingat namanya

Ini nasi kambing yang saya makan.


Roti canai Arab... Besar

Inilah restorannya

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...