wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, August 25, 2012

Seminggu cuti raya 2012

Cepat benar masa berlalu. Hari ini dah hari Jumaat. Cuti tinggal lagi 2 hari sahaja. Rasa tak puas pula bercuti raya kali ini. Hari raya adalah hari untuk bergembira? Kali ini memang menziarahi semua saudara mara. Sebelum ini saya memang tak suka berjalan beraya. Namun sejak kehilangan anak ketiga, hati saya telah terbuka untuk pergi menziarahi saudara mara. Kenapa?

Ini kerana saya pun tak tahu bila saya akan pergi selama lamanya. Sejak diberi dugaan yang besar, saya tahu bahawa hidup ini hanya sementara. Alhamdulillah syukur padaNya kerana memberi petunjuk dan hidayah kepada saya dan keluarga. :)

Saya pun telah membuat persediaan awal untuk keluarga. Saya telah menyediakan perlindungan kewangan saya jika saya tidak ada lagi. InsyaAllah, saya dah pesan pada Chiq Dina agar duit itu disimpan dan gunakan dividen untuk perbelanjaan bulanan. Jika anda ada soalan berkenaan dengan bagaimana untuk membina analisa kewangan pendapatan anda, jangan malu malu untuk bertanya ek.

Berbalik pada kisah cuti, setakat ini semua rumah saudara mara saya pergi. Jika ada yang tertinggal, saya minta maaf k. Kiranya raya tahun ini raya sakan la. Hehehehe

Selamat Hari Raya semua!!!

 

1 comment:

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...