wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, August 02, 2012

kemalangan sebelum berbuka puasa

Syukur Alhamdulillah, saya selamat dan dapat berbuka puasa dengan keluarga. Petang tadi saya telah terlibat dalam kemalangan berhampiran rumah saya.

Jam 7 malam, saya keluar untu membeli telur ayam kerana teringin untuk makan telur goreng chiq dina bersama sama terung pipit masak sambal. Tergerak hati tak nak bawa Adib sebab dah senja. Saya pula, keluar tanpa memakai topi keledar kerana kedai itu di hadapan jalan besar. Ehmmm teringat iklan 'sos cili'...

Selepas membeli, niat memang terus nak balik. Dalam perjalanan saya memang dengar bunyi motor 2 stroke datang dari belakang. Laju betul dia bawa... tapi memandangkan saya dah nak sampai simpang, saya bagi signal dan semasa saya nak belok, terdengar suara cina itu dan apa yang saya tahu dia langgar belakang motor saya.

Syukur saya dapat mengawal motor dan sempat saya menoleh belakang. Saya lihat lelaki cina itu terpelanting dari motor dan kepala terseret di atas jalan. Kecut perut masa itu. Saya tahu dia mencarut pada saya, dan meminta ganti rugi.

Aik, dia langgar aku, aku kena bayar. Lepas itu datang seorang lelaki India dan Melayu. Pakcik itu minta saya hantar ke klnik di hadapan. Saya malas nak panjang lebar, terus bawa tetapi klinik itu tutup. Maklumlah waktu berbuka dah nak masuk.

Apek itu asyik nak minta duit ganti rugi, walaupun tidak ada niat nak bagi sebab bukan salah saya, tapi saya bagi juga RM30 untuk rawatan kecederaan yang dialaminya. Luka di kepala, tangan dan bahu. Itu pun masih lagi membebel.

Selepas itu, saya merenung kembali kejadian itu, saya bersyukur kerana tidak mengalami luka apa apa. Cuma motor sahaja yang rosak, iaitu tayar, mudguard kecik patah dan batang skru balancing tayar. Masa itu saya tidak memakai topi keledar, hanya berselipar jepun dan t shirt biasa serta seluar jeans. Jika tak dapat kawal motor masa itu kemungkinan saya mesti langgar tiang lampu. Al Hamdulillah...

tayar tertoreh.. nasib baik Michelin

kesan perlanggaran

bengkok skru balancing tayar

nasib baik pakai fenderless...


* kerana fikirkan keluarga, tak mengapa bayar kepada apek itu... kita hidup merantau... ;) rezeki apek di bulan Ramadan

2 comments:

Red Clutch said...

yg penting hang selamat.... kecut jugak tgk tajuk...

adibdaddy said...

itu tips.. dari blogger lain... nak naikkan trafik .. hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...