wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, August 13, 2012

Bazar Raya di Stadium Sungai Besar

Selepas pergi ke pasar membeli ketam segar untuk hidangan mee kari, kami singgah ke Bazar Raya di Stadium Sungai Besar. Jam baru 11.30 pagi tapi dah ramai orang. Barang barang pun murah. Yang paling tak tahan, kerepek dan biskut!

Kalau anda lalu disini, singgah la. Biskut harga RM 14.00 sahaja satu bekas. Cuma rasa tak tahu lagi. Kerepek pula 3 bungkus RM 20.00. Wah gila bayang juga. Namun saya dah beli kerepek dengan ustazah, dan makcik di Kuala Kangsar. Biskut tradisional iaitu semperit dan sarang semut. Adib dan Amni yang suka pun. Tak mengapa, jika 'jodoh' saya duduk disini, lain kali boleh beli siap. Hehehehe

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...