wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, July 23, 2012

Samosa oh Samosa

Hari puasa pertama tak semeriah mana. Plan nak balik kampung pun tak jadi. Alhamdulillah Opah dah bertambah sihat. Jadi puasa pertama aku di rumah sahaja. Tak pergi pun pasar Ramadan,nanti membazir aka... Jimat belanja :)

Jadi apa plan Chiq Dina? Ehmmm buat Samosa le... Walaupun kulit popia dah keras sebab lama, tapi berkat usaha dapat juga 9@10 keping Samosa. Ini yang masalah, bila la nak diet perut ni?

Sedap betul Chiq Dina buat. Tak sia sia belajar menjadi suri rumah. Mungkin sebab ini kot rezeki mendapat kerja tetap belum terbuka. Bulan hadapan ada temuduga, aku mendoakan semoga berjaya. Jangan difikirkan masalah semasa, tumpukan perhatian untuk mendapat kerja tetap.

Jika diizinkanNya, selesai satu cita citanya. Masakan dah tak ada rungutan. Semua aku suka walaupun kadangkala kering kontang sahaja. Mana boleh makan nasi tak ada kuah. Hehehehe

Hari itu aku makan 6 keping, dan kesannya aku tak pergi terawih di masjid. Sekadar buat di rumah. Kekenyangan dan mengantuk. Aku bukan sahaja makan Samosa, tetapi nasi berlaukkan ikan belah belakang yang memang menjadi kegemaran aku.

Hari kedua.... Tak pasti lagi. Rasa nak pergi pasar Ramadan sahaja....

 

1 comment:

adyna said...

rezeki jgn tolak..

jangan tak p dah terawih pasni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...