wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, July 24, 2012

Nak iPad nak iPad dari Amni

Tiap tiap hari Adib dan Amni akan bermain iPad. Tak pernah pun satu hari tak bermain iPad. Adib berusia 4 tahun, Amni baru sahaja 2 tahun.

Adib boleh lagi saya berikan sebab mulai minggu lepas, dia telah bersekolah. Yang menjadi persoalan, Amni. Itu lah ayat yang selalu dia sebut...." nak iPad nak iPad".....

Permainan kegemaran Amni, Dora... Suka sangat dia main susun gambar Dora . Skil dan kemahiran menggunakan iPad juga memberangsangkan .Jarinya pantas membuka dan menutup aplikasi. Semua ini ditiru berdasarkan pengamatannya.

Sekarang Adib banyak mengalah. Setiap kali Adib main, pasti Amni akan datang dan merampas dari Adib. Bermulanya kejadian jerit menjerit. Masa itu aku terpaksa memujuk Adib agar mengalah dengan menjanjikan untuk membeli baju Ultraman Nexus. InsyaAllah....

Sekarang Amni lebih bijak dan banyak perkataan yang disebut. Banyak aplikasi pendidikan yang aku muat turun. Harapan agar Adib dan Amni akan dapat belajar dengan iPad yang satu ini. Jangan berebut sampai rosak cukuplah... Tak bayar habis lagi ini..... :)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...