wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, July 04, 2012

Bantu Produk Industri Kecil dan Sederhana

Malam tadi selepas pusing pusing sekitar pekan Sungai Besar dan menyelesaikan hutang piutang kami singgah di Kedai Rakyat. Ia terletak dihadapan kedai mamak Madina. Ramai juga yang datang malam malam. Macam dalam iklan, tak habis borong.kuikuikui

Inilah barang yang saya beli. Apa yang dapat saya lihat, barang yang mempunyai logo 1 Malaysia memang murah dari produk yang lain. Ini kerana produk 1 Malaysia adalah produk dari IKS bumiputra. Satu kebanggaan pada diri apabila melihat produk IKS juga mampu menyaingi produk yang telah lama berada di pasaran.

Sekurang kurangnya kita juga dapat membantu golongan IKS untuk untuk lebih maju ke hadapan. Tadi baru sahaja saya mencuba burger 1 Malaysia. Chiq Dina kata kurang nampak lemak. Saya makan, memang rasa kurang dari burger Ramly tetapi masih boleh tahan. Maksudnya sedap juga.

Terima kasih kerana membuka kedai tersebut di sini. Sekurang kurangnya ada juga kedai selain Billion dan Kassim. Walaupun tidak murah sangat bagi produk yang berjenama, tetapi dengan produk 1 Malaysia dapat meringankan beban bagi yang berpendapatan rendah.

p/s: saya perasan terdapat senarai barang dan harga diatas rak barang bermula dari RM 30 sehingga RM 100. Jadi memang boleh buat bajet :)

 

1 comment:

adyna AB said...

membantu golongan yg berpendapatan sederhana :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...