wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, April 14, 2012

terima kasih AEON station 18

Entri kali ini ingin mengucapkan terima kasih kepada AEON Station 18 kerana telah mengurangkan kesesakan di Jaya Jusco Ipoh Garden. Petang tadi saya dan mak berhajat untuk makan di Ayam Penyet di hadapan Jaya Jusco dan sungguh terkejut kerana mudah mencari parkir pada waktu tengah hari. Tak sampai 5 minit dah jumpa parkir.
Selesai sahaja makan tengahari, kami berhajat untuk ke Jaya Jusco bagi membeli keperluan dapur dan sekali lagi keseronokan melanda apabila dengan mudah dapat tempat parkir.
Tak sampai sejam kami telah selesai membeli keperluan dan dari sini saya dapati memang betul bahawa sebelum ini masa saya banyak habis mencari parkir. :)

Harap selepas ini di kawasan Ipoh Garden tidak akan berlaku kesesakan jalan raya begitu juga di Bercham

sumber: mr google

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...