wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, April 24, 2012

sudah jatuh ditimpa tangga

Salam semua

Lagi satu ujian datang kepada saya. Namun saya syukur kerana Allah telah menguji saya dengan dugaan yang paling besar terlebih dahalu.
Pada Jumaat yang lepas 20 April 2012 saya telah pulang ke Ipoh untuk berjumpa dengan Amni. Rindu sangat masa tue..sampaikan saya ambil cuti rehat kerana sakit kepala yang amat sangat (hipertensi). Setelah saya rehat dirumah, hati memberontak nak balik juga. Memang plan masa itu balik naik motor sahaja.Rindu sangat bawa motor jauh-jauh. Jadi saya memang tinggalkan gadget saya dirumah tetapi saya letakkan ditempat yang tersembunyi.

Hari Sabtu petang saya terima panggilan dari Kak Rodziah yang memberitahu rumah saya telah dimasuki pencuri. Saya redha. Sebab sebelum saya jawab panggilan pun saya dah tergerak kearah itu. Petang itu juga saya balik ke rumah sewa dengan mak dan ayah dan membuat laporan polis. Malam itu juga balik ke Ipoh.

Barang-barang yang hilang:

1. Laptop Dell
2. Handycam Sony
3. GPS
4. Kamera
5.Tabung
6. Beg tangan

Masalah yang merisaukan adalah, gambar-gambar dalam laptop. Harap orang yang mengambilnya akan memulangkkannya kembali dan tidak mempergunakan gambar-gambar tersebut. Saya memohon pada semua kawan-kawan agar sama-sama tolong membacakan yasin dengan tujuan pengambil memulangkan kembali. Amin

p/s: dah tak boleh nak update blog.uhuhuhuh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...