wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, June 21, 2011

Tarif baru Celcom

Salam semua. Pagi ini nak share cerita mengenai Celcom Broadband. Bukan Celcom untuk telefon ek. hehehehe.. Ianya mengenai message yang saya dapat pada minggu lepas mengenai charge yang dikenakan. Mengapa saya memilih Celcom?
Puncanya sebab Celcom sahaja yang ada liputan di kawasan rumah saya walaupun saya tinggal di kawasan bandar. ehmmm boleh katakan pinggir bandar kot.

Sebelum ini saya menggunakan Maxis, dan 2 kali juga saya telah rasa tertipu dengan Maxis. Yang pertama saya boleh terima sebab kami berpindah dari Pasir Panjang ke Sungai Besar. Saya tutup Maxis dan pulangkan broadband. Saya  dah rugi RM100. Kemudian semasa Digital Fair di Ipoh Parade Ipoh, kami telah pergi ke kiosk Maxis dan dengan mata kami sendiri kami lihat Sungai Besar telah ada liputan 3G. Isteri saya pula telah membeli broadband baru dan membayar RM100. Walaupun tiada selalu 3G tetapi bagi saya boleh digunakan.

Namun baru 2 minggu guna liputan menjadi GPRS. Wah! nak layari apa kalau macam ini. Terpaksa disconnect temporary buat sementara waktu.

Jadi saya mencuba balik Celcom tetapi menggunakan prepaid. Berbaloi- baloi juga sebab bayaran RM5 / hari dengan tanpa had. Begitu juga dengan seminggu iaitu RM18.00

Namun message yang saya terima baru-baru ini menyatakan tariff baru akan dikenakan iaitu:
  • RM5.00 /sehari dengan kuota 500MB
  • RM18.00 / seminggu dengan kuota 1GB

:( dah ada macam ini yang tak suka.... so kalau saya rajin saya guna kalau tidak saya nak pakai YES!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...