wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, June 18, 2011

Mizz Nina featuring Florida 'Takeover'

Salam ..entri ini wujud kerana saya telah menyertai Twitter SMS Contest yang diadakan oleh Maxis. Gara-gara ingin tahu, saya pun menerima 'contest' ini.
Dalam Twitter sms contest ini saya klik untuk menerima perkembangan artis tempatan. Antaranya, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Mizz Nina dan ada lagi lah... saya dah lupa.

Cara nak terima contest ini cuma dial *100# dan pilin Nombor 2. Yang selalu update twitter adalah Carmensoo, Ashraf sinclair dan Mizz Nina.


Itu yang dapat tahu Mizz Nina ada buat lagu dengan Florida. Sekarang ini pun sedang buat videoklip di Miami .

Hebat!!! itu kebanyakan rakan-rakan tweet pada Mizz Nina. Bagi saya, ehmmm tak ada nak dibanggakan sebab maklumlah dah berkeluarga. Kena fikir masa depan anak-anak. tak boleh sangat benda-benda negatif. Cuba kalau jadi Imam Muda ke, Qari AlQuran ke... itu memang amat membanggakan.

Betul kata orang-orang lama, kita merdeka pada zahirnya, tetapi minda kita masih lagi dijajah dengan budaya barat. Alhamdulillah masih lagi sempat beringat.. Amin...

Korang nak dengar klik disini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...