wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, April 23, 2011

maxis pun dah nak jadi ber*Kban ke?







Salam, dah seminggu tak dapat nak buat apa-apa ngan broadband maxis ni. Semuanya kerana line tak berapa 'sihat'. Asyik GPRS sahaja. Masa duduk di Pasir Panjang, Sekinchan bukan main laju lagi. Tiap-tiap hari HSDPA. Namun setelah berpindah ke Taman Seri, Sungai Besar langsung taka da. GPRS sahaja. Mengapa???!!!!!

Nak kata kawasan kampung, dah berhampiran dengan bandar. Tak lojik pula. Masa pindah disini, bila dapat tahu line tak ok, terus tukar celcom… celcom pun sama juga. Siap kena 'kelentong' lagi dengan salesgirl Celcom di Billion. Balik kampong hari itu terus terminated maxis. Broadband pun dipulangkan.

Tapi 2minggu selepas itu, isteri sengaja nak cuba internet hotlink prepaid terus ada 3G. wah menyesal pula terminated awal-awal. Nak jadikan cerita semasa ada pameran di Ipoh Parade, kami sengaja bertanya di kiosk Maxis untuk melihat coverage di Taman Seri, dan hasilnya dah jadi 3G.

ISteri yang sememang teruja, terus sahaja berbincang dan membeli balik maxis broadband. Balik dari Ipoh, memang ok dah line maxis. Tapi hanya waktu tertentu. Ehmmm taka pa la, janji boleh tengok. Tapi sejak seminggu ini, langsung tak boleh…

Mengapa MAXIS? MAXIS pun nak jadi ber*k ban gak ke?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...