wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, April 10, 2011

Komen Tumit Tinggi BH mengguris hati cikgu-cikgu

Salam... hari ini tergerak hendak menulis blog mengenai Tumit Tinggi dari Berita Harian. Semuanya mengenai tajuknya iaitu Beza cikgu dulu , sekarang. Kalau anda tidak dapat membacanya sila klik disini.


Namun saya telah membaca komen TT di FB dan beliau telah meminta maaf atas kenyataannya.. Tidak mengapa mungkin dia tak sedar atau memang tugasnya untuk memberi pandangan terhadap kes anak buahnya atau tidak ada bahan yang hendak diceritakan. Jadi dia pun memilih tajuk begitu.

Sepatutnya dia membuat kajian dan bertanya kepada kedua dua belah pihak (ibu bapa dan guru) sebelum menyiarkan artikel ini. Sekarang saya pasti ramai yang tidak puas hati dengan kenyataannya.

Antara kenyataannya adalah apabila TT panas telinga apabila mendapat tahu guru tersebut membuat aduan kepada ibu bapa anak buahnya yang anaknya tidak membuat kerja rumah dan tidak boleh memukulnya. TT bertanyakan mengapa guru tersebut tidak menghubungi sebelum ini. Mengapa sudah teruk sangat baru nak cakap? mengapa hendak pindahkan kelas? siap mengomel kata cikgu itu tidak tahan dengan perangai anak buahnya.

TT siap membandingkan guru sekarang dengan guru zaman dahulu. Guru sekarang katanya tidak berdedikasi, tidak sayangkan murid, kes-kes cabul. bukan itu sahaja... katanya cikgu ini adalah pekerjaan terpaksa. Bak kata pensyarah cikgu 25... setiap 25hb dapat gaji. hehehehe

Ehmmm berat mata memandang berat lagi bahu memikul. semua masalah ini dah lama berlaku. Sebelum kes ini pun kami dah berbincang sesama kami dengan pensyarah semasa dimaktab. Cikgu dulu sistem pendidikannya lain, zaman sekarang sistem pendidikannya lain. Teringat masa darjah 1 @ 2. Gigi saya patah akibat dijolok dengan pembaris panjang 1 meter kerana bercakap. Cuba buat sekarang, memang cikgu itu dah kena buat laporan la jawabnya.

 Tetapi itu dahulu. Zaman sekarang zaman teknologi. Semua maklumat dapat disebarkan keseluruh dunia dengan satu klik sahaja. Murid sekoalh rendah pun dah tahu pasal dunia luar. Itu belum yang gatal tangan masuk laman yang tidak dibenarkan.Dasar pendidikan sekarang pun dah berubah. Zaman dulu KBSR. sekarang KSSR. Kenapa faktor itu tidak diambil kira.

Bagi saya meluntur buluh biar dari rebungnya. Ibu bapa perlu juga mengambil berat tentang anak-anaknya di sekolah. Ibu bapa seharusnya mengikut kaedah ibubapa SRJKC. Sentiasa berjumpa dengan guru untuk membincangkan masalah atau cara-cara meningkatkan kemahiran anak. Jangan sibuk mencari duit sahaja sehingga mengabaikan kasih sayang dengan anak.Jangan ingatkan apabila disekolah guru lah yang harus menjaganya. Bayangkan satu sekolah ada 42 guru dan murid 500 lebih. Bagaimana nak memastikan semuanya akan menjadi baik.? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

Ini belum diambil kira dengan faktor persekitaran. Cuba lihat akhbar-akhbar harian... pasti ada kes jenayah, rogol, bunuh, dan lain lain yang bersifat negatif. Mengapa pihak akhbar tidak menyiarkan berita yang positif? Bukan tidak ada, tetapi bagi saya negatif lagi banyak dari positif.

Saya juga menyokong program PERMATA kerana dari awal usia kanak-kanaklah harus dididik dengan perkara yang berfaedah dan berguna. Saya juga berharap agar sistem pendidikan kita mengikut cara kita dan tidak menggunakan sistem barat. Islam itu indah, namun mengapa kita tidak menginovasikannya?

Sekian luahan hati saya. Segala komen saya adalah untuk saya dan jika ada sesiapa nak komen dipersilakan. Ianya tidak ada kena mengena untuk menghina sesiapa.  wassalam

2 comments:

Azariah Kamis said...

salam ukhuwah...follow belog niee

adibdaddy said...

salam... saya follow balik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...