wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, March 02, 2011

Siapa seorang guru..?

Guru merupakan insan yang mengajar insan lain. Mereka merupakan golongan yang mahir dalam bidang masing-masing. Mereka juga penunjuk arah dan kunci bagi ilmu. Tanpa kunci nescaya tidak akan buka gedung ilmu pengetahuan. Guru merupakan penyumbang kepada modal insan cemerlang.

Guru ibarat bintang di langit. Mengapa? Dunia yang berubah dan canggih adalah kerana ilmu dan teknologi yang dihasilkan oleh manusia. Manusia memiliki semua kemahiran ini melalui guru. Tentu semua akan bersetuju , gurulah orang yang mengajar manusia buta huruf menjadi celik ilmu, celik hati dan cendiakawan terbilang. Gurulah yang mengajar manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan.

Guru sepatutnya tidak berasa kecil hati atau rendah diri jika ada orang melihat kerjaya ini sebagai tidak hebat. Mungkin kerana mereka tidak memahami kerjaya ini. Kerjaya ini tidak mereka bentuk bangunan atau membina jentera tetapi membina manusia dan memastikan manusia terus menjadi manusia.

Jika seorang jurutera mampu membina sebuah jentera yang besar, ingatlah seorang guru mampu melahirkan insan yang berjiwa besar. Seorang arkitek mampu membina bangunan yang indah, ingatlah seorang gurulah yang melahirkan arkitek yang mebina bangunan indah tersebut.

Wahai guru, barangkali setiap huruf yang kita ajar akan menjadi nur di akhirat nanti. Mungkin di dunia kita tidak kaya, tetapi diakhirat nanti kita bakal dinobatkan seorang jutawan.InsyaAllah…

2 comments:

LuvlySis said...

Saya seorang guru. Proud to be walaupun orang kata kalau nak kaya, jangan kadi cikgu. :)

hasmardy said...

saya setuju ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...