wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, March 22, 2011

Cuti-cuti Perlis

Salam semua.. semenjak broadband telah di' terminated' pada minggu lepas saya dah tidak up date blog saya. Minta maaf banyak-banyak atas ketidak update blog saya. Hehehehe namun saya bukan artis atau selebriti.Ini hanya sekadar perkongsian ilmu atau pandangan saya.



Hari ini saya telah pergi ke Perlis bersama keluarga dan ibu mertua. Tujuan hanya satu . Mengambil sijil transkrip dan KISSM di Institut Perguruan Malaysia Cawangan Perlis. Kami telah bergerak dari pukul 7.00 pagi. Sampai di RnR Gurun kami menjamu selera kerana tidak bersarapan diwaktu pagi. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Lebih kurang 2 jam dari Taiping ke RnR Gurun. Sampai di IPG jam menunjukkan 11.00. Setelah selesai semuanya kami bercadang pergi ke Wang Kelian.



Ini adalah pertama kali saya pergi walaupun pernah duduk di Perlis lebih kurang 4 tahun. Memang teruja betul… bukan anak-anak tetapi bapaknya. Memang murah mainan disana. Adib sahaja ibunya habiskan hamper RM100.00 . Nasib baik bapanya tak bawa duit banyak. Kalau tidak dah confirm akan ambil kereta idaman hati untuk Adib. Hehehe.. RC helicopter pun memang murah. Cuma risiko yang Nampak jika rosak. Takkan nak dating balik kan.

Pelan asal kami cadang hendak tidur di Alor Setar namun selepas solat Asar kami bercadang untuk menginap hotel di Kuala Perlis. Kami tidur di Hotel T yang mengadap jeti Kuala Perlis. Selepas itu kami pergi menjamu selera Laksa KakSU… wah ramai beb! Sampai kena tunggu nak makan. Rasanya memang sedap . Puas hati sangat. Thanx Garmin sebab tunjukkan jalan ke kedai itu. Cuma minta sangant pada pihak pengurusan Laksa Kaksu supaya menceriakan papan Laksa Kaksu tue ekk. Dah pudar.

Malam itu kami bercadang hendak makan ikan bakar. Namun kerana kepenatan dan anak-anak pun tidur.. kami tak jadi. Makan bungkus sahaja. Harga Nasi Goereng Daging Merah sahaja pun dah RM7. Wah .. memang terkejut. Nak kata sedap tak juga.. kedai dibawah Hotel dan bahagian paling hujung sekali. Ehmmm harap kengkawan yang lain akan beringat.

Pagi keesokkannya kami pergi membeli mempelam dan pukul 11.00 gerak ke kenduri Amir Zainon. Tahniah bro!! hehehe.. nak tahu lagi.. nanti kita sambung ek… ada kerja .. salam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...