wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, February 18, 2011

kualiti tayar Malaysia

salam... ini lagi satu ketidakpuasan hati dengan kualiti Malaysia...
Tahun lepas saya telah menukar tayar kereta jenama DUNLOP D01. Itu pun setelah diterangkan oleh Tauke Kedai bahawa tayar yang saya beli di Ipoh adalah buatan dari Indonesia walaupun jenama yang sama.

Saya masih ingat lagi tauke tersebut menyatakan bahawa tayar buatan Malaysia lagi elok kerana bersesuaian dengan cuaca dan geografi Malaysia. Tauke itu pun memberitahu bahawa buatan Indonesia adalah yang paling kurang kualiti.. namun

Saya baru perasan bahawa tayar belakang saya, iaitu buatan Malaysia terdapat 'bengkak' di tepinya. AHHHH.. baru bulan 10 tahun lepas tukar, takkan jadi begini.

saya singgah ke kedai tersebut dan dia menyatakan bahawa saya tidak dapat buat tuntutan kerana tayar itu bengkak dibahagian tepi. Dia meminta saya tukar tayar kerana jika tidak pasti akan meletup sebab dawai dalam tayar tersebut telah terputus. Punca tayar bengkak adalah kerana saya melanggar lubang yang besar.

Setahu saya memang area Sabak Bernam ( Sungai Besar ke Sekinchan) mempunyai jalan yang paling teruk pernah saya lalui. begitu juga dengan jalan dari Kelantan ke Grik... itu sahaja yang saya tahu jalan paling teruk pernah saya lalui... jadi mungkin ia terjadi ketika itu.

Kalau tayar itu RM100 boleh lagi saya terima ini satu tayar pun hampir RM200.00! Baru sahaja tukar takkan nak kena tukar lagi.. saya bukan cop duit pun. Jadi buat masa ini saya memakai tayar tersebut.

Pengajaran yang saya dapati... bukan sekali ini sahaja saya terkena, tayar motor pun saya pernah kena... jenama yang sama juga. Jadi lebih baik saya pakai tayar lain selain dari Malaysia. Sedih sangat dengan kualitinya. Sekarang tayar motor saya guna Michelin made from Thailand... memang puas hati.

p/s: ini luahan hati saya... tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...