wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, January 10, 2011

terkenang zaman persekolahan


salam semua... apa khabar...? sihat? harap semua sihat...saya ni resdung kuat sangat. daripetang tadi asyik gatal hidung. tekak pun sakit sikit... tak tahu  macam mana boleh terkena. mungkin asap ubat nyamuk? cuaca? tak pasti.

Hari ini saya nak menulis tentang kenangan di sekolah. pasti ramai yang ada kenangan semasa di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Tergerak hati ini untuk menulis tajuk ini kerana pagi tadi kena bertugas menjaga blok 5 K dan bilik sains.

Jadi semasa berdiri kat 5 K sambil bersembang dengan seorang murid, terlihat seorang murid membawa bekal makanan! teringat kenangan saya membawa bekal makanan semasa di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. hehehe bukan apa, makan kat kantin tak puas. sikit je... pastu dulu bukan senang. jadi kena la berjimat cermat. betul tak? (jimat kat parents la.. kat saya abis kan duit ;P)

Masa sekolah rendah selalu bawa bekal nasi dengan telur. (sampai sekarang suka makan telur goreng) Saya masih ingat lagi kena 'pau' ngan abang senior. kalau dia lalu mesti singgah mkn satu dua suap. sampai sekarang saya ingat lagi muka dia dan sekarang dia telah berjaya... ada la sekali dua keluar dalam paper kerana mencipta idea kreatif dan innovatif..

Lepas itu yang saya ingat kawan baik saya, Azlan. ah dia la ajar saya buat telur goreng kicap. siap buat sendiri kat rumah n bawa bekal. Cara buat senang je... masukkan telur, kemudian masukkan kicap. Lepas itu sebelum telur tersebut masak penuh, kita hancurkan.Ah lebih kurang telur kicap hancur la. Favourite la sangat time tu...

Masa sekolah menengah pun bawa jugak. tapi tak selalu pun. 'Port' makan kat tepi dewan St. Michael Ipoh. Hahahaha... dulu la.. sekarang tak tahu macam mana sekolah itu. dah cantik sangat dah...Hazan salah seorang kawan yang bawa makan sekali.

Sekarang, pun bawa bekal. tak pernah lagi makan kat kantin sekolah. nanti lah saya akan makan kat kantin. tak tahan bau laksa cina tue.. dulu makan gak.. sekarang tak. ( dulu jahil).. Dah ada family , isteri saya la masak. Kadang-kadang bawa nasi, kadang-kadang roti... tapi selalu nasi. puas hati.. rumah jauh dari sekolah , oleh itu saya perlukan TENAGA! :)

ok setakat sini sahaja celoteh saya, nanti kita cerita lagi k... jangan hilangkan kenangan kita ek.. pada ibu bapa, jangan sekat sangat anak-anak disekolah. bagi mereka mencuba yang lain dari yang lain kerana ilmu pengalaman yang paling berharga..

4 comments:

adYna said...

:) dah tahu halal haram kena la jga dulu jahil tak per la..kan jadi darah daging ;) ingatan sesam islam

Eddy said...

InsyaAllah

~SyAhIrAh~ said...

sy pon suka bawak bekal ke sekolah. hehe. jimat duit belanja.:)

SANDRA AZWAN said...

tak suka bawak bekal...duit mama bagi simpan, .
balik dari sekolah baru makan!

p/s: sanggup berlapar sebab nak simpan duit! haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...