wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, January 24, 2011

Kes beg sekolah berat

form Mr Google


Salam semua... hari ini saya nak buka cerita mengenai beg sekolah. Ibu bapa yang mempunyai anak yang kesekolah mesti merungut kalau anak membawa beg yang berat. Perkara ini telah dibawa ketika persidangan Dewan Rakyat di Parlimen awal tahun lepas. Sebenarnya masalah ini boleh diatasi bersama-sama..

Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat kajian di  beberapa buah negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Hasil dari kajian tersebut mendapati bahawa berat keseluruhan buku teks KBSR hanyalah 2.8kg hingga 3.0kg sahaja.

Jika murid-murid ini membawa buku teks mengikut jadual, nescaya berat beg tersebut akan berkurangan. Oleh itu tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan bahawa anak-anak tersebut membawa buku yang sepatutnya sahaja.

Kerajaan juga telah mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini dengan menjilidkan buku teks bagi murid tahap 1 agar dapat mengurangkan beban murid.

Pihak sekolah pula boleh menetapkan hanya bahan bacaan tertentu sahaja yang perlu dibawa oleh setiap murid ke sekolah. Guru mata pelajaran pula perlu merancang jadual kedua yang memperincikan komponen apa yang akan diajar pada hari berkenaan. Dengan itu guru dapat memberitahu kepada murid bila hari tidak perlu membawa buku teks.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...