wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, January 26, 2011

Kemudahan cuti bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam -2011

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 tahun 2010

Tujuan: Menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.


Panjang nak tulis, tapi saya ringakaskan k...

1. Cuti Besalin Bergaji Penuh = 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

2. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin diantara 60 hingga 90 hari.

3. Cuti bermula pada tarikh pegawai bersalin namun boleh menggunakan cuti tersebut lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa ladam tempoh 14 hari dari tarikh jangkaan bersalin.

* Bagi Guru yang MEMPUNYAI BAKI CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH KURANG DARI 90 HARI, dikehendaki memenuhi tempoh cuti bersalin diantara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kaedah berikut:

1. Semasa penggal sekolah:
  • habiskan semua cuti bersalin bergaji penuh yang layak
  • ambil cuti bersalin separuh gaji sehingga 14 hari
  • ambil cuti berslin tanpa gaji(setelah menggunakan kaedah diatas)
  • gunakan cuti menjaga anak sehari selepas tamat tempoh cuti bersalin gaji penuh.
2. Semasa cuti penggal sekolah

  • Habiskan kesemua cuti bersalin bergaji penuh
  • tempoh selebihnya dianggap sebagai cuti bergaji penuh.
* Bagi yang telah menggunakan kesemua 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai boleh menggunakan kemudahan seperti berikut:

Bagi guru:

1. Semasa penggal sekolah:
  • ambil cuti bersalin separuh gaji sehingga 14 hari
  • ambil cuti berslin tanpa gaji(setelah menggunakan kaedah diatas)
  • gunakan cuti menjaga anak sehari selepas tamat tempoh cuti bersalin gaji penuh.
2. Semasa cuti penggal sekolah
  •  dianggap sebagai cuti bergaji penuh.
* Bagi pegawai yang menggunakan Cuti Bersalin separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tnpa Gaji tidak akan menjejaskan kelayakan untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji

* Bagi pegawai kontrak, layak untuk mendapat semua kemudahan kecuali Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan cuti bersalin. Ia nya juga tidak menyebabkan tempoh kontrak terputus.

* Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi menggantikan tempoh cuti bersalin kecuali sakit yang bukan disebabkan bersalin.

* Bagi ibu yang bersalin selepas 22 minggu, layak untuk mendapat cuti bersalin bagi tujuan kesihatan kerana badan pegawai telah mengalmai perubahan fizikal.

*Urusan pentadbiran adalah seperti berikut:

  1. Kemukakan surat sokongan daripada hospital yang mengesahkan tarikh jangkaan bersalin dengan menggunakan borang A
  2. Pegawai tidak boleh meminda tempoh cuti bersalin yang telah diluluskan bagi memudahkan pentadbiran
  3. Ketua Jabatan perlu memastikan bilangan hari dan tempoh cuti tersebut direkodkan.
  4. Pegawai yang bercuti sebelum 15  Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada cuti bersalin 60 hari.
Tarikh kuatkuasa: 15 Oktober2010

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...