wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, January 28, 2011

Jatuh cinta...

Alamak... entri ni memang benar.. tak bohong... saya dah jatuh cinta dengan ....
.. sebuah sekolah... nama sekolah itu SJKC Sin Min, Sg. Besar..

masa mula-mula itu memang rasa janggal.. sebab kebanyakkan guru adalah cina. Melayu pun 7 orang sahaja. ak termasuk bahagian pentadbiran. Tapi ye lah... tak kenal maka tak cinta kan... dah sebulan di sini saya rasa sangat selesa...

pertama: saya dapat ajar opsyen saya. pemulihan khas.

kedua: kita buat kerja kita sahaja... orang lain tak ganggu kerja kita dan kita tak perlu ganggu kerja diaorg

ketiga: tak perlu bagi ucapan masa perhimpunan. Yang bagi ucapan Guru Penolong Kanan dan Guru Besar.

keempat: Murid murid berdisplin. Ini yang saya paling suka! Murid memang betul dengar arahan guru. Kalau nakal pun tak teruk sangat. Ini semua hasil didikan guru dan kerjasama ibu bapa...

Kelima : Ibu bapa memang rapat dengan guru. Pagi-pagi bilik guru penuh dengan ibu bapa. Saya rasa ibu bapa sini memang bagi guru rotan anak mereka untuk kebaikan anak juga...

keenam: Murid rajin. Saya bagi 2 set soalan pun tak cukup.. budak nie memang bagus. tulisan pun cantik.

itu sahaja yang saya ingat. hehehehe apa-apa pun masalah utama saya komunikasi... saya pun kena belajar mandarin

2 comments:

Cik_Shiqah said...

wah cikgu bertuah lah kiranya sbb dpt skolah cmtuh. hehe ;D

hasmardy said...

aah cik shiqah... cikgu ngaja kat mana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...