wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, January 04, 2011

Budaya SJKC

salam.. hari ini saya nak kongsi budaya di SJKC. semenjak mengajar di SJKC asyik cerita SJKC je kan..Ala mana tahu boleh buat kenang- kenangan di hari akan mendatang. :)

satu yang saya perasan adalah bila murid berjumpa dengan guru.(selalunya murid tahun 4,5 dan 6).. dah macam orang jepun ARIGATO GOZAIMAS..mereka akan tunduk hormat kepada cikgu...

kedua yang saya perasan.. Guru Besar pun bagi hormat kepada guru dan murid sebelum beri ucapan! wah ini memang tak sangka.. rasa macam di CHina pun ada :)

Bab kerja, korang jangan compare dengan SK. semua sibuk termasuk dengan saya. Nak tak nak kita pun akan buat yang terbaik. Alhamdulillah kebanyakan kerja saya dah siap. sekarang sedang tunggu anak murid dan murid LINUS sahaja.

Bab makan masih dalam masalah. Dulu memang saya mengaku makan kat kedai cina tapi semenjak dah ambil berat tentang halal saya masih tak lagi makan di kantin. semua ambil dari rumah sahaja. walaupun kantin tersebut menggunakan pekerja melayu.

murid pula, kalau yang pandai sikit-sikit bahasa melayu memang saya ajak borak. ada murid tahun 4k.. cikgu awak duduk dimana? oit! salah tanya macam ini maa.. cikgu, cikgu duduk dimana? ;) paling saya suka masuk kelas tahun 1.. murid tahun1 lagi ramai yang boleh cakap BM berbanding dengan tahun 4 dan 5.. hehehe harap-harap kurang murid buat BM..

peace no war

10 comments:

Red Clutch said...

weh...ko pindah ke SJKC plak? kt perak or digerakkan? sek aku ada 5 org cikgu digerakkan, sib baik x libatkan cikgu pemulihan

arni said...

anak saya dah tahun 3 di sjkc, budaya kerja murid sjkc juga berbeza berbanding budak2 sk

Eddy said...

Ana: aah.. aku diarahkan pindah. sekarang pegang kelas pemulihan..

arni: memang sgt. akak kalau boleh hantar anak pergi tuisyen.. sebab 90% bahasa cina. Kesian saya tengok murid melayu yang tak boleh berbahasa cina. kecuali mak ayah tahu bahasa cina

kukukata.blogspot.com said...

wah mengajar di sekolah cina....best pngalaman lain ngan sk

warnnie said...

Bagus ni...1Malaysia..
Adik2 saya semua sekolah cina..saya je yang tak sempat masuk sebab keluarga masih susah time tu..:(

http://www.bluedianthus.com

Eddy said...

kukukata: memang berbeza...

warnie: tak apa... pengalaman hidup lagi berharga

~SyAhIrAh~ said...

Teringin nak hantar anak (kalau dah kawin nanti) ke SKJC. value added utk dorg dpt blaja bahasa mandarin. following you. :)
Jom follow sy.. blog saya

Eddy said...

syahirah, boleh hantar tapi dari pengalaman cikgu melayu kat situ... mak bapa kena usaha lebih.. hantar anak tuisyen atau mak bapa yang perlu ada kemahiran berbahasa cina.. k :)

~SyAhIrAh~ said...

owh ok.. dlu sy ade jgk blaja mandarin tp tak praktis, byk da lupa. huhu. thanks 4 da info.:)

Eddy said...

sama-sama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...