wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, December 23, 2010

Mereka cipta rumah idaman



Salam 1 Malaysia. Hari ini saya nak berkongsi tentang apa yang perlu kita tahu mengenai ketika mereka rumah idaman. Ini termasuk yang baru hendak membina rumah sendiri atau 'remodeling' rumah yang sedia ada. Langkah-langkah ini merangkumi mengumpulkan maklumat, bahan dan contoh.

Langkah-langkah tersebut adalah:

  1. Dapatkan ilham: Ini adalah cabaran yang paling besar dan menyeronokkan !
    1. Ambilkan semua inspirasi dan idea dan catatkan dalam nota, ambil gambar atau apa sahaja yang anda impikan.
    2. Tuliskan semua harga barang, bajet, dan nombor telefon.
    3. Ambil gambar. Guna kamera digital kerana murah dan ambil setiap sudut bahagian bangunan yang anda suka.
    4. Simpan 'scrapbook' anda mengenai artikel tentang rumah, business card dan sebagainya. Kumpulkan semua maklumat secara terperinci dari pelbagai sumber. Maklumat yang penting adalah cat, 'hardware', 'plumbing' dan sebagainya. Lagi banyak anda kumpul, lagi dapat anda dapat mengikut bajet anda.
    5. Lihat rumah-rumah lain seperti kawan atau keluarga dan pelajari setiap aspek rumah tersebut.
  2. Pastikan tersusun: Kita akan perlukan maklumat dokumen yang lengkap agar perancangan dapat ditentukan. Maklumat asas yang lengkap dan tepat tidak akan membuang masa , tenaga, dan kesabaran. Mulakan dengan 'Senarai Keperluan'. Asingkan setiap kategori keperluan agar kita boleh menambahkan maklumat kemudian. Ini agar dapat dengan harga yang kita mampu.
  3. Cari skema : Kita akan memerlukan beberapa contoh skema untuk mendapatkan rumah yang kita impikan. Skema ini adalah lukisan tangan atau secara profesional.
  4. Membina reka bentuk. Di sini kita akan memerlukan pelan yang lengkap. Siap dengan dimensi, konsep den sebagainya.
    1. Minta pakar untuk melukis pelan rumah.
    2. Cetak pelan tersebut dan bincang dengan perunding tersebut.
  5. Draf pelan: Di sini pula anda sepatutnya telah dapat pelan yang lengkap. Maksud di sini para pekerja binaan boleh membina rumah berdasarkan pelan tersebut. Anda juga perlu membincang dengan pakar mengenai pelan tersebut sama ada mengikut piawaian – dari segi bentuk bangunan, elektrik, mekanikal, plumbing dan kebakaran.
  6. Rancangkan ruang: Fikirkan bagaimana anada memenuhi setiap ruang , dari segi perabot, pengaliran udara dan sebagainya. Keratkan bentuk perabot dan kabinet dan lihat sama ada sesuai dengan tingkap, pintu dan penaliran udara.


Tapi bagaimana pula dengan mereka yang perlukan reka bentuk semula rumah? Ini langkah-langkahnya:

  1. Tanya diri sendiri mengapa perlu merekasemula rumah tersebut. Ini adalah penting untuk mengetahui bagaimana dengan jiran, komuniti, dan harga kawasan tersebut.
  2. Ambil arkitek secara jam. Meraka akan dapat membantu anda.
  3. Ambil pereka kabinet dapur. Mereka adalah berpengalaman dan berkesan serta murah.
  4. Bincangkan dengan kontraktor pada awal pembinaan. Kumpulkan semua idea dan cadangan serta harga yang akan anda perlu bayarkan agar tidak terkejut!
  5. Hubungi peminjam perumahan pada awal pembinaan. Agar anda tahu akan hak anda
  6. Fokus pada mengurangkan kos tenaga. Rumah lama selalunya menggunakan bahan-bahan lama seperti wiring, dinding dan sebagainya. Sekarang kita mempunyai bahan-bahan dan reka bentuk yang membuat rumah lebih selesa dan menyamankan.


p/s: sumber dari New Straits Times, 22 Disember 2010 (Rabu)


9 comments:

Mohamadazhan.com said...

info menarik utk masa hadapan :)

hasmardy said...

betul tue... :)

Glo-w~* said...

Oh nice tips! but i have too many ideas and not enough houses >_<"

adyna AB said...

lepas nie dapat la beli rumah ;)

hasmardy said...

bila rumah main main ek :)

hans said...

boleh amalkan nanti nih

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

hasmardy said...

betul tue hans..bolehmula dari sekarang

hans said...

insyaallah
suruh bro la designkan
hohoho


P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Lepas Nih Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek Kena Pakai Cermin Mata Lah Dekat Stadium Gelora Bung Karno

hasmardy said...

hohoho teman pun nak minta kawan tlg design kan.. hehehe.. SEMOGA MALAYSIA MENANG!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...