wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, October 17, 2010

Intipati Bajet 2011

Salam .. ini sambungan dari post yang sebelumnya. Sumber dari Utusan Malaysia.


  1. elaun kehadiran mesyuarat ahli JKKK dan JKKP RM50.00
  2. Pengecualian duti eksais 100% ke atas kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU.
  3. Pengecualian dutiimport dan eksais sepenuhnya keatas kereta hibrid dan elektrik.
  4. Cukai perkhidmatan dicadangkan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran tv berbayar. (astro la tu)
  5. Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1%. Jadi 6%.. bermula 1 Januari 2011
  6. Peruntukan pembangunan RM6.4 billion untuk Kementerian Pelajaran bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
  7. RM213 juta bagi MBMMBI dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
  8. Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kumpulan Sokongan 2.
  9. Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000. ( elok gak.. takder duit abis kat kereta ajer kan)
  10. Melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia . RM500 juta untuk Kolej Komuniti, IKBN,ILP dan Pusat Giat MARA.
  11. Peruntukan RM500 juta untuk Projek Penyelenggaraan Aset Awam bagi membantu kontraktor kelas F
  12. Rm850 juta bagi infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  13. RM 411 juta untuk melonjakkan ekonomi ke arash negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai tambah dalam setiap bidang ekonomi.
  14. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta. (R&D oleh universiti & institusi penyelidikan)
  15. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif. Contoh filem, drama dan dokumentari.
  16. Dana pencen swasta.
  17. Skim Amanah Hartanah bumiputera bernilai RM1 billion dan patuh syariah.
  18. SC akan menawakan lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing.
  19. Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit. ( dulu ada belajar sekarang dah lupa)
  20. Dana permulaan perniagaan bernilai RM100 juta. (MTDC )
  21. GLC boleh melabur sehingga 20 % daripada jumlah aset . (sebelum 7% sahaja).
  22. PNB akan bina menara 100 tingkat berharga RM5 bilion.
  23. Koridor dan wilayah ekonomi dapat RM850 juta bagi infrastruktur sokongan.
  24. RM857 juta diberikan kepada syarikat tempatan yang melabur dalam sektor elektrik dan elektronik.
  25. Pengurangan cukai bagi perbelanjaan untuk penerbitan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai' Bithaman Ajil berasaskan tawarruq.
  26. Skim Amanah Hartanah Bumiputra dilancarkan dengan saiz bernilai RM1 bilion.

2 comments:

apai said...

kami mau kenaikan gaji

hasmardy said...

boleh.... naik 10sen.. ehehehe. apai bt blog satu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...